Thursday, November 28, 2013

Jakarta Bandung Pt 4 - Trip sehari

DAY 3

Hari ini kami keluar agak awal kerana banyak tempat yang akan dilawati. Untuk trip hari ini kami telah menyewa sebuah Toyota Avanza bersama supir bernama Pak Aceng. Kenderaan ini kami sewa dari setiawantransport.  Sebelum tu sempat bersarapan dulu di dewan makan bersebelahan lobi. Makanan yang disediakan agak ringkas, tapi cukuplah sekadar untuk mendapatkan sedikit tenaga. Menu untuk pagi itu ialah nasi ijo.

Destinasi kami pagi ini ialah kawasan Lembang. Antara tempat-tempat menarik di kawasan Lembang ialah Gunung Tangkuban Parahu di mana terdapat kawah gunung berapi yang masih aktif, Sari Ater Hotspring Park, ladang strawberi dan Floating Market Lembang.

 Nasi ijo, seakan-akan nasi lemak.

Thursday, November 21, 2013

Jakarta Bandung Pt 3 - Jalan Cibaduyut

DAY 2 - PETANG

Petang tu kami cuma bercadang untuk ke Jalan Cibaduyut saja kerana kedudukannya agak hampir dengan hotel.  Jalan Cibaduyut merupakan pusat  jualan barangan dari kulit di kota Bandung ini.


Untuk ke Jalan Cibaduyut dari sini, boleh je ambil teksi atau angkut. Kebetulan masa kami menunggu teksi ada sebuah angkut yang kosong menawarkan kami trip terus ke Cibaduyut. Caj yang dikenakan cuma Rp5K seorang. Sangat murah tu.

Monday, November 18, 2013

Jakarta Bandung Pt 2 - Berlepas ke Bandung

DAY 2 - PAGI

Check out awal pagi kerana risau dengan kemungkinan ada jalan yang ditutup untuk acara marathon. Kat sini jam 6 pagi keadaan sudah terang benderang. Tak sempat pun nak breakfast. Train ke Bandung berlepas pada jam 8.20 pagi, tapi voucher tiket yang dah di booking perlu ditukar sekurang-kurang sejam sebelum perjalanan.

Keluar je ke jalan utama Mangga Besar, jalan sudah mulai macet. Kami cakap kat supir yang kami perlu sampai di stesyen Gambir sebelum jam 7 pagi. Jadi dengan kecekapannya mencari jalan pintas yang berbelit-belit, akhirnya kami sampai tepat pada masanya.

 Inilah rupa tiket yang ditukarkan dengan voucher yang di booking secara online.

Monday, November 11, 2013

Jakarta Bandung Pt 1 - Seaworld dan Monas

Sengaja kami ambil penerbangan terakhir ke Jakarta supaya senang orang nak menghantar ke LCCT. Sampai di Lapangan Terbang Sukarno Hatta Terminal 3 sudah menghampiri jam 12.00 tengah malam waktu Indonesia Barat. Keluar dari airport terus ke perhentian teksi, tapi yang menunggu agak ramai. Jadi kami ambil kenderaan persendirian yang memang sedia menunggu. Selepas nego, caj yang dikenakan ialah Rp250K. OK lah tu, lagipun dah lewat malam.

Sampai di hotel Wow di kawasan Mangga Besar terus check in . Gitu  gini kami tidur hampir jam 2.00 pagi. Di sini waktu subuh lebih kurang jam 4.15 pagi. Jadi selepas selesai solat kami sambung tidur hingga hampir pukul 9.00 pagi. Pasal hotel ni, memang saya tak rekomen untuk tinggal di sini. Hotelnya agak baru dan cantik tapi tidak ada tingkap. Lif pun tak ada. Pastu kena duduk tingkat lima. Ambik kau.