Wednesday, October 31, 2012

Hanoi - Redah saja

Mula-mula rasa macam nak batalkan saja percutian ini kerana dua hari sebelum pergi salah seorang abang saya meninggal dunia. Sementara abang ipar pula dimasukkan ke IJN untuk menjalani pembedahan pintasan koronari. Lepas tu  jika pergi, kami di jadualkan akan balik sehari sebelum Hari Raya Eidul Adha (kes silap booking). Tentu kelam kabut nanti. Tetapi setelah difikirkan hotel telah ditempah, cuti pun dah diluluskan jadi kami ambil keputusan pergi juga.

LCCT - Noi Bai - Hanoi

Penerbangan AK870 ke Hanoi berlepas agak awal iaitu pada jam 6.30 pagi. Jadi pukul 4 pagi kami bertiga beranak sudah keluar dari rumah menuju LCCT. Alhamdulillah waktu solat subuh pun agak awal, jadi sempatlah kami menunaikan kewajipan dulu. Sehingga pengumuman terakhir diumumkan oleh pekerja AA barulah kami semua keluar di pintu perlepasan. Dah tu kapalterbang di letakkan di bahagian paling jauh sekali dari tempat menunggu dan kami orang yang terakhir sampai. Masuk je ke perut kapalterbang, baru kami menyedari cuma kami bertiga saja orang Melayu. Yang lain adalah rombongan apek dan nyonya pencen dan juga warga Vietnam. Nampak sangat Hanoi ni kurang popular kepada pelancong Muslim berbanding HCM City.

Macam-macam corak kapalterbang Airasia  sekarang ni

Sempat kami bersarapan dalam penerbangan pagi itu. Selebihnya masa dihabiskan dengan menggantikan waktu tidur. Penerbangan mengambil masa lebih tiga jam. Dalam penerbangan tidak diedarkan embarkation form seperti biasa. Ingatkan kita boleh dapatkan borang  itu di airport. Rupanya sekarang kita tak perlu mengisi borang itu lagi. Dikaunter imigresen orang agak ramai pagi itu dan perkhidmatannya pula agak lambat. Keluar dari airport pemandu yang kami tempah dengan pihak hotel sudah pun menunggu.

Kawasan imigresen Noi Bai International Airport.

Perjalanan ke kota Hanoi mengambil masa kurang sejam. Kami menginap di Madam Moon Guesthouse yang terletak di kawasan Old Quarter berhampiran Tasik Hoan Kiem. Kos sebilik untuk tiga orang hanya USD30 saja dengan sarapan pagi. Kedudukannya kurang seratus meter dari tasik dan jalan di hadapan hotel ini agak tenang dari gangguan kenderaan. Sarapan pagi disediakan di hotel induknya selang tiga pintu dari hotel ini. Yang bestnya ia terletak di tingkat teratas bangunan dengan pemandangan tasik.

Nisa Restaurant di kawasan Old Quarter

Sampai di hotel masih belum boleh check in lagi. Selepas meletakkan beg, kami keluar dan destinasi pertama yang kami cari ialah  lokasi Nisa Restaurant yang terletak di Hang Tre Street. Agak mudah mencarinya berdasarkan peta yang kami dapat dari hotel.

Satu-satunya restoran masakan Malaysia yang ada di Hanoi buat masa ini. Restoran ini perlu dinaiktaraf supaya kelihatan lebih menarik.

Pho, Vietnamese noodle soup. Rasanya memang fuhhh... sangat sedap.

Kopi ais yang menyegarkan.

Sampai di restoran agak awal dan orang belum ramai lagi untuk makan tengahari. Kami ambil nasi campur dan mee sup Vietnam yang terkenal iaitu makanan yang patut dicuba oleh sesiapa yang berkunjung ke Vietnam. Begitu juga dengan kopinya.


Kawasan sekitar Old Quarter

Tasik Hoan Kiem

Kami balik semula ke hotel untuk check in. Alhamdulillah dapat masuk lebih awal.  Petangnya kami keluar semula untuk meronda di sekitar Tasik Hoan Kiem. Agak ramai orang di sekitar tasik ini terutamanya pelancong dari Barat. Agak besar juga tasik ini. Saya berdua dengan anak ambil keputusan untuk berjalan mengelilingi tasik ini. Cik wife pula tak larat katanya dan menunggu di satu tempat.

Jambatan untuk ke Ngoc Son Temple di tengah Tasik Hoan Kiem. Bayaran masuk VND20K.

Hehe... mana ada autumn...

Laluan sebelum sampai ke jambatan.

Bangunan di tepian tasik

Pagoda lama di tengah tasik

Monday, October 29, 2012

Hanoi - Lalu lintasnya

Lalu lintas yang lintang pukang di kota Hanoi.....

 
 
Yang bagusnya jarang sekali berlaku kemalangan. Kalau nak melintas jalan, jalan saja dengan rentak yang seragam, jangan teragak-agak. Motorsikal akan mengelak kita dengan sendirinya. Cuma perlu berhati-hati dengan kereta. Kena pekakkan telinga kerana membunyikan hon adalah cara mereka dijalanraya. (Sorry tiada audio)
 

Saturday, October 20, 2012

Cuti lagi

Bercuti di sini mulai 21/10 dan akan balik sehari sebelum Hari Raya Eidul Adha.


Mid autumn katanya, tapi tak tau lah jumpa atau tidak situasi sebegini, sebab di negara ini musim sejuknya pun tak ada salji.

Tuesday, October 16, 2012

Konvokesyen UTM ke 49

Bertolak ke JB pada hari Jumaat 12/10 dan sesampainya di sana terus cari hotel untuk check in. Kebanyakan hotel di sekitar Skudai habis ditempah sempena majlis Konvokesyen UTM yang ke 49. Kami hanya dapat menempah hotel di kawasan Danga Bay. Ini kes lambat booking punya hal. Jaraknya ke UTM pun hampir 10 km. Majlis konvokesyennya akan diadakan pada hari Sabtu. Kami sekeluarga ke sini kerana meraikan salah seorang ahli keluarga yang telah berjaya menamatkan pengajiannya dan dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.


Sebelumnya pada petang tu, sempat juga kami merayau sekejap ke Kota Iskandar,  Nusajaya iaitu pusat pentadbiran baru bagi kerajaan negeri Johor yang menempatkan Dewan Undangan Negeri, Kompleks Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Kompleks ini dibina mengarah ke kiblat dan rekabentuknya berdasarkan senibina Melayu Johor dan Moor. Cuaca agak mendung petang itu. Hanya ada beberapa orang saja yang ada di situ kerana sudah menghampiri waktu tutup lawatan iaitu jam tujuh malam.

Bangunan Sulltan Ismail



Keluar dari kawasan Kota Iskandar tepat jam tujuh kerana sekuriti dah sibuk menyuruh kami beredar. Sebelum pulang ke hotel kami singgah dulu untuk makan di Mutiara Rini. Kami memilih untuk makan di Restoran Mutiara Village yang menyediakan makanan Grill dan Steamboat secara buffet. Pilih saja apa makanan yang kita hendak dan makanlah puas-puas. Ada juga berbagai jenis minuman yang disediakan. Caj yang dikenakan ialah RM25 seorang.


Antara makanan yang boleh dipilih. Ada juga terdapat sayuran dan bahan-bahan untuk yongtaufu.

Dua kuah yang disediakan iaitu tomyam dan sup.

Selesai makan kami balik ke hotel dan tak ke mana-mana kerana hujan. Lagipun pagi-pagi buta keesokan harinya terpaksa ke stesyen bas Larkin untuk mengambil salah seorang ahli keluarga yang sampai dari Kangar, Perlis. Nasib baik majlis konvokesyen yang akan dihadiri diadakan pada sesi petang. Tapi kami perlu datang awal juga ke sana kerana perlu membuat pendaftaran bagi penerima ijazah yang akan naik ke pentas. Lagipun tempat meletak kenderaan adalah terhad dan terpaksa menapak agak jauh kerana acara sesi pagi belum lagi selesai.

Umur baru 21+ dah dapat degree, agak cepat tu
 

Berfoto bersama rakan sefakulti pada hari berikutnya sebelum memulangkan jubah.