Monday, October 24, 2011

Pengangkutan di Shenzhen dan Hong Kong

Rasanya tidaklah rumit sangat jika kita nak bercuti di Shenzhen dan Hong Kong kerana sistem pengangkutannya iaitu MRT dan subway yang lengkap yang menghubungi banyak destinasi. Sesiapa pun boleh ke sana tanpa banyak masalah untuk kemana-mana. Cuma kadar tambang adalah lebih mahal di Hong Kong berbanding di Shenzhen. Contohnya, kita hanya perlu ambil satu perjalanan sahaja dari Bao'an  International Airport di Shenzhen untuk sampai ke sempadan Hong Kong di Lo Wu.



Saya dan kumpulan akan mendarat di Shenzhen, tapi kami akan terus ke Hong Kong dahulu kerana di sana terdapat lebih banyak tempat menarik. Mungkin pada dua hari terakhir kami akan ke Shenzhen semula untuk ke Windows of The World sebelum balik ke Malaysia.


Penginapan kami di Hong Kong adalah di kawasan Tsim Sha Tsui. Sewanya boleh dikatakan mahal jika dibandingkan biliknya yang agak kecil. Tapi cukuplah sekadar untuk tidur. Lagipun masa akan banyak dihabiskan di luar.

Kepada Haris, rakan sepejabat yang akan ke Hong Kong pada bulan Januari tahun depan, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Redah saja, insyaallah selamat.

Thursday, October 13, 2011

Visa ke China

Update Julai 2014 : Permohonan Visa Ke China

Bagi mereka yang sudah pernah membuatnya mungkin merasakan urusan ini biasa saja. Tapi mungkin berguna kepada orang yang pertama kali ke negara China.

Borang permohonan untuk membuat visa boleh dicetak sendiri melalui website ini. Isikan borang sama ada secara online atau bertulis tangan beserta sekeping gambar. Semasa menyerahkan borang di kaunter mestilah disertakan pasport yang sah laku melebihi enam bulan. Tiket penerbangan dan bukti tempahan hotel penginapan juga perlu disertakan. Tempoh visa siap ialah empat hari bekerja.

Datang awal ke sini untuk mengelakkan daripada berbaris panjang.


Alamat:
Tingkat 2, Plaza OSK,
25 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Malaysia

Lokasi pejabat:





Kadar bayaran:



Setelah siap urusan di kaunter, satu resit akan diberi yang menunjukkan butir-butir permohonan kita. Semak resit tersebut untuk mengelakkan kesilapan.



Jika kita mendarat di Hong Kong dan ingin memasuki negara China dan balik semula melalui Hong Kong, single entry visa sahaja yang diperlukan. Jika mendarat di Shenzhen, China dan memasuki Hong Kong dan balik semula melalui China maka double entry visa adalah diperlukan. Terpulang kepada keperluan masing-masing.

Warganegara Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Hong Kong atau Macau, walaupun wilayah tersebut kini berada di bawah China kerana ianya merupakan Special Administrative Region yang mempunyai autonomi sendiri dari segi kemasukan warga asing dan penggunaan mata wang.