Monday, June 20, 2011

Taman Bukit Jalil

Kali terakhir ke sini kira-kira dua tahun yang lalu walaupun kedudukannya tidak begitu jauh dari rumah. Taman ini terletak di tepi jalan utama dari Puchong ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Mungkin ramai  diantara kita yang pernah ke sini.

Terdapat dua kawasan meletak kenderaan untuk kemudahan pelawat. Yang pertama berhampiran batu tanda Taman bukit Jalil dan yang kedua berhampiran Kelab Golf.  Saya cadangkan kepada sesiapa yang nak ke sana, letakkan kenderaan di kawasan yang pertama kerana kawasannya lebih luas dan berturap sepenuhnya.

Kawasan taman ini agak luas dan terdapat beberapa tasik buatan serta trek untuk berjogging. Oleh kerana kawasannya agak berbukit, jadi tempat ini memang sesuai sekali untuk menguji stamina. Bagi mereka yang hanya mahu bersiar-siar laluan bertangga disediakan untuk jalan pintas ke satu-satu tasik.

Keadaan taman yang dijaga dengan baik menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.

Jika ada yang suka melayan ikan-ikan di sini, bawalah roti sendiri. Antara ikan yang mendiami tasik ini ialah ikan keli Afrika dan ikan tilapia.

Laluan bertangga dan jambatan yang dibina merentasi taman ini bagi kemudahan mereka yang hanya mahu bersiar-siar saja. 

Disediakan juga trek jogging yang luas dan panjang mengelilingi taman ini.

Sunday, June 5, 2011

Bukit Broga Here We Come

Teruja membaca blog sahabat-sahabat blogger ( Al, Myza Pesona, dwaty) akhirnya saya sekeluarga mengambil keputusan untuk mendaki Bukit Broga. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari rumah. Pergi berlima sekeluarga, tapi cik wife tak mahu ikut naik. Dia melepak kat Tesco Semenyih sementara kami semua meneruskan misi. Seorang rakan se kolej anak kedua, yang berasal dari Sabah turut serta.




Lokasi pekan Semenyih. Jalan masuk ke Bukit Broga terletak selepas pekan Semenyih di sebelah kiri dari arah Kajang. Lihat stesyen minyak Petronas sebagai tanda. Kalau tak jumpa pandai-pandailah tanya.


Cuaca agak baik pada hari tersebut. Sampai di kawasan meletak kenderaan pada jam 3.15 petang, tetapi kawasan parkir ditutup untuk kerja penyelenggaraan mengikut notis yang ditampal. Tapi tak nampak apa-apa kerja pun. Pendakian dimulakan pada jam 3.30 petang. Saya rasakan pada hari tersebut sayalah orang yang paling veteran mendakinya. Laluan naik tidaklah terlalu mencabar tapi stamina amat penting. Saya kira hampir sepuluh kali saya berhenti rehat seketika untuk mengambil nafas.

Memulakan pendakian

Agak curam juga

Tertinggal di belakang sebab pancit

Rehat lagi sebelum mendaki di bahagian yang paling curam di sepanjang pendakian ini
Macam tak penat je
Bukit di belakang ialah puncak pertama

Cantik pemandangan di atas bukit ini

Di atas puncak kedua

Nak terbang ke?

Lega sampai di puncak

Sorang tak dapat melompat sebab kakinya baru baik daripada cedera main futsal

Tinggi juga bukit ni sebenarnya

Kami dah turun, tapi ada ramai lagi yang baru nak naik

Pekan Broga dilihat dari atas Bukit Broga

Satu keluarga menghampiri kawasan paling curam, tapi akhirnya sibapa dengan anak kecilnya terpaksa tinggal di bawah

Semakin petang semakin ramai yang membuat pendakian, mungkin untuk melihat panorama matahari terbenam dan mengambil fotonya. Tapi sempat ke dia orang nak solat maghrib, sebab perjalanan turun mungkin perlahan kerana laluan di bawah pokok agak gelap. Terserah pada masing-masing untuk membuat keputusan. Pada saya matahari terbenam atau terbit di mana-mana sekali pun sama saja.

Seperti kata rakan-rakan blogger, bukit ini memang sesuai untuk didaki oleh seisi keluarga sebagai satu aktiviti riadah. Cubalah sekali, pasti tidak menyesal.