Friday, September 24, 2010

Panorama Universal Studios dan Sekitarnya

Penonton hampir memenuhi tempat duduk pertunjukan Water World dalam kawasan tema The Lost World. Pertunjukan di sini diadakan mengikut masa tertentu kerana ia menyediakan lakonan secara langsung.

Bangunan ini terletak di dalam kawasan tema Far Far Away. Di dalam bangunan ini juga diadakan pertunjukan wayang 4D The Shrek. Bersedialah untuk mengalami adventure di kerusi-kerusi mekanikal mengikut jalan cerita yang ditayangkan. Jangan lupa untuk membawa tisu atau saputangan kerana Shrek dan kawan-kawannya selalu bersin ke muka kita!

Objek-objek besar melatari suasana di Madagascar.

Nama beberapa bintang terkenal diabadikan di jalanan antaranya Tom Selleck.

Suasana di New York

Salah satu tarikan yang popular di Lost City iaitu Rapids Adventure. Masa menunggu boleh mencapai setengah jam.

Satu-satunya casino di sini terletak di Kompleks The Forum di luar kawasan Universal Studios.

Lake of Dreams di hadapan Universal Studios menyediakan pertunjukan air berirama yang bermula dari jam sembilan malam.

No comments:

Post a Comment

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...