Wednesday, September 22, 2010

Makan dan Solat di Universal Studios

Walaupun berjalan dan makan angin, tentang halal haram mesti dijaga dan kewajipan mesti ditunaikan. Untuk pengetahuan, taman tema Universal Studios ada menyediakan banyak pilihan restoran halal bagi kemudahan pengunjung beragama Islam. Pilihlah salah satu yang ada dalam senarai brosur mengikut selera sendiri. Kami sekeluarga memilih untuk makan di Restoran Goldilocks yang terletak dalam kawasan Far Far Away. Restoran ini menyediakan makanan berasaskan burger dan kentang. Harga agak sederhana iaitu lebih kurang RM20 seorang. Ruang untuk pelanggan menjamu selera juga agak luas.

Makan di Restoran Goldilocks; burger, kentang kris-kros dan lemon tea

Dalam kawasan Universal Studios ini memang tiada disediakan surau untuk bersolat. Tetapi dalam kawasan ini terdapat banyak kawasan tersembunyi dan terlindung yang boleh dijadikan tempat untuk bersolat. Yang penting bawa penunjuk arah kiblat untuk kemudahan. Memang tidak sempat untuk bersolat di hotel penginapan kerana lawatan dalam kawasan ini mengambil masa sehari suntuk jika kita menyertai semua tarikan yang disediakan. Waktu menunggu untuk sampai giliran bagi tarikan yang popular boleh mencapai setengah jam.

6 comments:

  1. dekat situ memang takde surau ke ?

    ReplyDelete
  2. thanks for the info..i really appreciate it..insyallah by end of this year we will go to USS

    ReplyDelete
  3. teamkaya: Keadaan semasa mungkin berubah, mana tahu ada penambahbaikan... anyway selamat bercuti..

    ReplyDelete
  4. USS telah menyediakan tempat solat siap dgn telekung dan sejadah di tepi client services near the entrance. Jemaah lelaki dan perempuan solat bersama. Wuduk di toilet berdekatan :).

    ReplyDelete
  5. TQ anon for the latest info... Tempat solat bersama antara lelaki dan perempuan ni sebenarnya tak begitu sesuai spt yg ada di Cengkareng Airport, Jakarta. Tapi dari tiada lebih baik ada...

    ReplyDelete
  6. Mekasih tentang info solat ni..kak ciku insyaAllah akan ke uss bersama keluarga.:)follow u :)

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...