Sahabat

Wednesday, March 3, 2010

Restoran Halal Di Ho Chi Minh City

Bagi mereka yang pertama kali ke Ho Chi Minh City, mungkin agak sukar untuk mencari makanan halal. Ini di sebabkan Vietnam mempunyai penduduk muslim kurang daripada satu peratus. Jika kita berada di pusat bandar keadaannya tidaklah begitu sukar kerana terdapat banyak restoran halal yang diusahakan oleh muslim warga luar Vietnam bagi memenuhi permintaan pelancong dan ahli perniagaan muslim yang datang ke sana. Terdapat juga beberapa restoran halal yang diusahakan oleh sama ada oleh orang Islam Vietnam atau orang Malaysia sendiri.


Restoran D'Anjung Malaysia terletak di tingkat tiga kompleks membeli belah Parkson di Jalan Le Than Thon dan tidak jauh dari bangunan opera. Restoran ini menyediakan nasi campur dan nasi lemak siap bungkus. Di sini juga terdapat sebuah restoran makanan Pakistan.


Restoran ini adalah yang terbaru dan agak eksklusif. Menyediakan makanan Melayu dan Vietnam. Dimiliki oleh seorang doktor Malaysia yang berkhidmat di sana. Penyelia restoran ini merupakan orang Melayu Vietnam yang fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal dan bersekolah di Malaysia. Restoran ini terletak di Jalan Dong Du, bertentangan dengan Masjid.


Restoran Bon Mua agak terkenal kepada pelancong kerana telah lama menjalankan perniagaan dan mempunyai ruang makan yang agak luas. Terletak di Jalan Thi Sach iaitu dihujung persimpangan Jalan Dong Du. Harga makanan di sini agak mahal sikit.


Restoran ini terletak di Jalan Pham Hong Thai dan tidak jauh dari Pasar Ben Thanh yang terkenal sebagai pusat jualan kain-kain dan barang-barang kraftangan.


Di bahagian belakang masjid ini terdapat kafetaria yang diusahakan oleh keluarga Muslim Vietnam. Makanannya agak sedap dan harganya juga berpatutan tetapi persekitarannya agak kurang tersusun. Mesjid ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Hotel Sheraton di Dong Du Street.

35 comments:

  1. 7/3 ni saya ke vietnam..selalu juga ke sana atas sebab kerja. rest VN Halal je yang saya selalu pergi. Selain drp rasa yang sedap tukang masanya pun dari kedai Four season yang agak sedap juga.Cuma four season agak mahal. mungkin kali ni nak cuba makan di masjid tu tapi masa limited sangat pun. 1 mlm je.. :)

    ReplyDelete
  2. Tuya: Kalau Tuya pergi ke kompleks Parkson, ada dua restoran halal kat medan seleranya di tingkat tiga. Kompleks ini terletak sebaris dengan bangunan opera..

    ReplyDelete
  3. thanks for the info..insyallah kalau sempat nnti.

    ReplyDelete
  4. UNtuk pengetahuan semua, saya baru je balik dari Ho Chi MInh City 13 June 2011 yang lalu. Kedai makan belakang masjid tu dah tutup.saya tanya gak kat makcik yang jual telekung kat masjid tu.dia kata kedai tu tutup sebab ada masalah. Kepada sesiapa yang nak gi Ho Chi Minh City, boleh la call/sms saya kat 0192565627..Insyallah akan saya bantu cos dah banyak kali bawak orang gi sana...SHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya Azli..saya akan ke sana 20hb Oct ni...1st time....pegi dgn wife jer....nak shopping jer jd pegi 3hari 2malam jer...apa yg awk boleh bantu yer? Tiket flight n hotel sy dh book, cume xtau nak shopping kat mane jer....Ni emel saya goldenrich10@gmail.com ^_^

      Delete
  5. Wah sayangnya dah tutup, makanannya boleh tahan sedap dan harganya berpatutan..

    ReplyDelete
  6. AS KUM en mi. boleh suggest hotel yang harga berpatutan kat ho chi minh. kalau ada contact no hotel dgn travel agent kat sana boleh bagi skali

    ReplyDelete
  7. W'salam Anon,

    Cuba masuk website ini: http://hotels-in-vietnam.com/ho_chi_minh_saigon_hotels.html

    Booking boleh dibuat secara online. Pilih saja yg lokasinya berhampiran Ben Thanh atau Pham Ngu Lao. Saya dulu menginap di Spring House Hotel.

    Banyak travel agent di sana, terutama di sepanjang kawasan Pham Ngu Lao dan tempahan boleh dibuat on the spot.

    Jika ke Cu Chi Tunnel kosnya USD20/pax termasuk tiket masuk dan pengangkutan. Juga terdapat lain2 pakej yg boleh dipilih... Redah saja, no problem.

    ReplyDelete
  8. salam en mi, nak tanyer senang tak dapat teksi dari airport tan son nath?saye nginap di pink hotel district 1.dan brape ek kos utk ke hotel?trime kasih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon,

      District 1 ni nadi kepada HCM City. Teksi biasanya di bawah USD10. Kalau ramai ambil van lagi bagus. Kalau naik bas khabarnya tersangat murah dan bas berhenti betul2 di depan Ben Thanh market yg popular tu. Cuma mungkin kena jln kaki ke hotel.

      Delete
  9. o yeke?ok trime kasih d atas impomasi nie..nk tnyer 1 lg buleh..hehehe..psl makanan katenyer ssh ye nk cari yg halal?en mie tau tak kt mknn yg sdp n harge agak brpatutan?kwn crite mkn roti canai skeping RM5.mak ai..klu gitu kne bli roti gardenia bnyk2 nie..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat atas tu ada senarai beberapa restoran yang ada di HCM City. Kalau nak yang paling murah pergi je ke restoran D'Anjung Malaysia yg terletak di tingkat paling atas kompleks beli-belah Parkson. Di situ juga ada restoran Pakistan...

      Delete
  10. Boleh saya dapatkan info tentang cuaca di bandaraya HCM pada bulan 12?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... salah tempat bertanya ni...

      Delete
    2. Mungkin musim hujan . Cuacanye same je dgn Malaysia. Saya baru je balih minggu lepas. Musin Hujan je. Tapi masa saya berjalan d sana x hujan pulak

      Delete
  11. salamm encik, saya nak tnye, hotel mne kat ho chi minh yg sdiakan makanan halal?

    ReplyDelete
  12. best gila bg kaum2 hawa yg dtg dkt sini.mmg dia org x nk blk Malaysia.bg kaum adam pula jadi pak supir je utk bwk2 brg2 yg dah diborong.

    ReplyDelete
  13. Salam, saya akan pi sana 11 -15 Julai ni, minggu dpn. Better tukar byk duit USD ke VND yg org sana guna? Klu VND jutawan pakcik..haha... lbh untung kita tukar siap2 kat sini ke kat sana lg byk dpt? Sorry banyak tanya sbb dh dekat sgt date br ada masa nk cari info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka tukar di sini. Tapi bawa juga USD kerana tukarannya lebih tinggi di sana. Sesetengah pakej juga menerima bayaran dalam USD. Jika nak membeli souvenir, cari saja di kedai di luar Ben Thanh market kerana harganya lebih murah...

      Delete
  14. asaalam,saya nak gi 13 ogos ni,bulan puasa ni mudah ker nak bebrbuka dan sahur,bagi suggestion,cuaca la ni panas ker,dan beza waktu kita dgn saigon,ada saper2 boleh bantu tq wslm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah ke sana pd bulan puasa. Kalau berbuka mungkin lebih senang sbb gi saja ke restoran halal yg sedia ada. Kalau sahur mungkin kena tapau. Sekarang ni agak panas di sana sama mcm kat sini. Perbezaan waktu cuma sejam spt di Thailand.

      Delete
  15. Salam en. Mie, sy berminat utk membuat perniagaan makanan halal d HCM malang nyer sy x ada kenalan di sana....Ada sesapa yg boleh sy hubungi utk membantu sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry la En Anon, saya pun ke sana hanya sebagai pelancong je...

      Delete
  16. salam semua, saya nak pegi company trip 15-9-2012 ni , nak tanya mahal ke tambang teksi VND dari hotel blue diamnond nak ke restoran halal saigon dan berapa jauh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni terletak berdekatan dg Ben Thanh Market kan.. Kalau nak ke Halal Saigon rasanya boleh jalan kaki je, tak jauh mana. Kalau nak lebih dekat pergi je ke VN Halal yang terletak berhampiran Ben Thanh market tu...

      Bolehlah print map HCM City kat Google Images untuk persediaan...

      Delete
  17. Salam En Mie.

    Saya Muhammad Burhanuddin. Saya hendak bertanya, bagaimana saya mendapat service tour guide+transportation+meals ke chu chi tunnel dan delta mekong? Saya menginap di Time Door Hotel, District 1, Near Ben Tanh Market. Saya akan berlepas ke sana pada 2/10/12 (Selasa) dan pulang ke KL pada 5/10/12 (Jumaat). Saya boleh dihubungi di 0176849518 dan E-Mail burhan84_kelantan@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum, saya akan pergi pada 24-27 Oktober ni, kepada sesiapa yg pernah pergi dan kalau boleh yg baru aje balik bagilah saya tips2 yang berguna semasa di sana ya, berapa harga makanan di sana, kat mana senang nak breakfast, dinner dan sebagainya, saya akan stay kat hotel di Jalan Pham Ngu Lao. terima kasih pada yg sudi share pengalaman dan tips.

    ReplyDelete
  19. Salam, Nieta baru je balik hari selasa yg lepas. Cuaca di sana masa ni sama macam KL - hujan je. Nieta guna agent semua di atur oleh agent. Makanan halal food banyak juga di sana. Tapi hati-hati g Ben Tanh market. Jaga bag tu.Jgn leka. Kalau g pasar malan, Nieta rasa jgn bawa Handbag, duit masuk dlm poket seluar. D pasar malam tu same je dgn Petaling Street kita.Mereka tahu kita ni pelancung mereka akan pancung kita. Jadi sebelum mereka pancung kita, berhati-hati bila tawar menawar.Nita pakai duit Ringgit, senang utk kita nilaikan berbaloi atau tidak. Purata harga baju kurung pahang dlm RM50.00, telekung RM40.00. Beli tudung dlm harga RM30.00 manik2 jubah dlm RM50.00. memang gila g shopping d sana.Dlm x sedar 2 hari boleh habis RM1,000.00. Jadi selamat melancung dan bershopping

    ReplyDelete
  20. Salam. Saya kerap ke HCMC atas urusan berniaga dan membawa rombongan. Utk pengetahuan semua, restoran VN Halal telah ditutup. Mungkin kerana saingan yg begitu kuat sekarang. Anyway, ada beberapa kedai makan org Muslim tempatan yg turun temurun berniaga tetapi lokasinya agak jauh sikit dr Ben Thanh Mkt. Tetapi harganya amat murah. Jika ingin maklumat mengenai kedai ini, bolehlah hubungi saya di 0192727499. Susah sikit nak terangkan kedudukan kedai tersebut di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for the info... Mungkin awak boleh tinggalkan alamatnya di sini.

      Delete
    2. Untuk pengetahuan anda semua...saya adalah bekas tukang masak HALAL@SAIGON.Saya diberhentikan kerja kerja dengan alasan duit tak cukup untuk membayar gaji saya.Jadi sekarang dihalal@saigon TIDAK ada tukang masak orang MUSLIM...Jadi selepas ini saya tak tahu lah apa barang yang dimasukkan kedalam masakan. sebelum ini saya lah orang yang menjaga dapur,sekarang tidak ada lagi orang yang monitor dapur halal.sekadar information.

      Delete
    3. Terima kasih kerana info yang penting seperti ini. Harap sesiapa yang ke sana kenalah berhati-hati...

      Khabarnya pimilik restoran tu pun non Muslim...

      Delete
  21. Dengar citer Jakim dengan kerjasama Cikgu2 kat Kemboja ada buat join Venture untuk kita gi TRIP. 5h4m all in one. Saya baca kat sini, http://www.facebook.com/kembaraqasihamal

    ReplyDelete
  22. Just found a new site : halalfoodhochiminh.com this is very detail about Halal food Ho Chi Minh,You may up to date

    ReplyDelete