Thursday, March 25, 2010

Pantai Remis, Jeram

Pantai yang terletak berhampiran Sungai Sembilang, Jeram ini bukanlah pantai yang sesuai untuk bermandi-manda. Ini kerana pantainya yang berbatu dan berlumpur. Namun ia agak popular kepada pengunjung kerana kedudukannya yang tidak jauh dari ibukota.




Antara tarikan utama di sini ialah gerai menjual hasil-hasil laut yang masih segar dan murah. Antaranya ialah mentarang, kerang, kupang, remis, lokan, siput sedut, ale-ale, kijeng dan ikan. Belangkas pun ada bagi mereka yang berani mencuba untuk memakannya.


Bagi yang mahu menikmati makan laut, bolehlah pergi ke kawasan medan ikan bakar Pantai Jeram. Tapi harganya boleh tahan. Masalah utama jika ke sini pada malam minggu ialah untuk mencari tempat letak kenderaan. Begitu juga dengan tempahan makanan yang agak lambat kerana pelanggan yang terlalu ramai. Pada satu ketika yang sesak pelanggan mungkin boleh mencapai lebih 500 orang di kesemua restoran yang ada di situ.

No comments:

Post a Comment

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...