Friday, February 19, 2010

Pantai Air Papan, Mersing

Pantai Air Papan  merupakan sebuah pantai yang cantik dan berpasir putih seperti kebanyakan pantai lain yang menghadap Laut China Selatan.  Keadaan pantainya yang agak landai amat sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Datang ke sini bersama keluarga adik ipar. Jika berada di pantai ini perlu berhati-hati kerana terdapat banyak kulit siput berduri.


Dari pantai ini kita dapat melihat pulau-pulau seperti Pulau Besar, Pulau Rawa, Pulau Tioman dan pulau-pulau lain yang lebih kecil jauh berbalam-balam di tengah laut.

Siput berduri ini sebenarnya boleh dimakan

Untuk sampai ke sana jika dari selatan, ambil Jalan Mersing menuju ke Endau. Persimpangan masuk ke Pantai Air Papan terletak di kilometer lapan. Pandu lagi beberapa kilometer melalui kawasan kampung hingga ke pantai. Terdapat banyak chalet di pantai ini dengan caj yang agak berpatutan.

No comments:

Post a Comment