Sahabat

Sunday, January 3, 2010

Ho Chi Minh City, Vietnam

Ho Chi Minh City (HCMC) dahulunya dikenali sebagai Saigon dan ianya masih popular digunakan oleh orang-orang Vietnam sehingga kini. Berbanding ibukota lain di Asean, HCMC agak asing untuk dijadikan sebagai tempat percutian. Namun publisiti yang selalu diberikan oleh pihak TV, menyebabkan ianya semakin popular terutamanya sebagai destinasi membeli-belah. Jaraknya agak dekat dari Malaysia dan mengambil masa kurang dari dua jam penerbangan. Tukaran wang, RM1 adalah bersamaan lebih kurang VD5000. Biasanya kalau kita ke sana, lebih baik bawa wang USD kerana nilai tukarannya lebih tinggi. Tapi yang peliknya nilai tukaran berbeza-beza mengikut nilai USD tersebut. Note USD50 dan lebih, mempunyai nilai tukaran yang lebih tinggi berbanding note yang lebih kecil. Ini saya alami di pengurup wang di dalam bandar. Jangan tukar wang di airport kerana komisyen yang diambil lebih tinggi.

Tempat yang paling popular untuk memberi belah di HCMC ialah di Ben Thanh Market yang terletak di District 1. Di sini terdapat banyak barang-barang kraftangan tradisi Vietnam yang boleh dijadikan cenderahati. Baju dan kain sutera juga boleh didapati di sini. Apa yang menarik ramai diantara jurujual wanitanya yang pandai berbahasa Melayu walaupun penggunaannya agak terhad. Secara amnya barang-barang di sini agak murah, namun kos hotelnya agak tinggi sikit. Bagi mereka yang ingin menjimatkan perbelanjaan bolehlah tinggal di hotel backpackers yang banyak terdapat di kawasan Pham Ngu Lao yang kebanyakannya boleh di tempah secara online. Bagi hotel yang tingginya sehingga 5 tingkat tiada lif disediakan. Apa yang menarik boleh dikatakan setiap hotel backpackers disediakan dengan komputer berinternet secara percuma. Bagi yang kehabisan kredit handphone, tambah nilai boleh dibuat melalui perbankan internet dari HCMC.

Soal makanan biasanya menjadi masalah bagi orang-orang Islam di negara bukan Islam. Kalau kita rajin mencari melalui internet sebenarnya banyak tempat-tempat makanan halal boleh dijumpai. Kebanyakan tempat makanan tersebut di jalankan oleh orang-orang Melayu Vietnam, Pakistan, India dan orang Malaysia sendiri. Antaranya restoran D'Anjung Malaysia di kompleks beli-belah Parkson dan cafetaria di Masjid Musulman di Dong Du Street bersebelahan Hotel Sheraton. Di sepanjang jalan ini juga terdapat 3 buah lagi restoran makanan halal yang berbeza dari segi harganya.

Untuk melengkapkan percutian di HCMC, Cu Chi tunnel adalah tempat tidak patut ditinggalkan. Ia merupakan satu kompleks lorong bawah tanah yang digunakan semasa perang dengan pihak musuh di zaman penjajahan. Ia terletak sejam lebih perjalanan dari HCMC. Tempahan boleh dibuat di hotel dengan kos USD5 seorang untuk tambang. Bas besar akan digunakan untuk perjalanan ini bersama-sama dengan pelancung antarabangsa yang lain. Kos untuk masuk ke kompleks ini juga USD5. USD10 untuk lawatan lebih dari setengah ini hari boleh dianggap berbaloi. Jika ada masa yang cukup boleh juga kita melawat Delta Mekong dengan kos yang lebih kurang sama, untuk melihat aktiviti-aktiviti ekonomi penduduk di pulau-pulau yang banyak terdapat di delta tersebut.

HCMC juga kaya dengan bangunan-bangunan bersejarah peninggalan penjajah. Antaranya bangunan Pejabat Pos, HCMC City Hall dan muzium-muzium. Pengangkutan utama di HCMC adalah motorsikal. Terdapat beratus malah beribu motorsikal pada satu-satu masa puncak. Bagi yang pertama sekali sampai ke sini, memang rasa gerun untuk melintas jalan, lebih-lebih lagi pemanduan di HCMC adalah di sebelah kanan jalan seperti di US. Sering kali kita tersilap pandang, namun selepas dua tiga hari di sana kita boleh mengatasinya.

Nota : Untuk mencari tempat-tempat makanan halal di luar negara sila kunjungi zabihah.

10 comments:

  1. Replies
    1. TQ Ayu, tujuan blog ni dibuat pun sebab nak berkongsi info. Moga dapat membantu serba sedikit kepada sesiapa yang bercuti tanpa menggunakan pakej...

      Delete
  2. Blog ni sangat bagus. akak sangat berminat ke HCM. Berapa agak2 kos tiket dan hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam che dai,

      Tiket bergantung pada bila masa kita booking. Kalau masa offer kekadang tak sampai RM200 return. Kalau ambil on the spot agak mahal la. Hotelnya pun tak mahal. Cari aja yang dekat Ben Thanh, turun hotel terus boleh shopping. Barangan kat sana agak murah...
      Hotel boleh di booking melalui agoda.com atau booking.com dll...

      Delete
  3. Tambang dr airport ke district 1 agak2 berape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambang bergantung kenderaan apa yang kita ambil. Kalau 4 orang atau kurang boleh ambil teksi. Kos USD10 lebih kurang. Kalau lebih boleh sewa van...

      Bas pun ada, boleh tunggu depan airport dan tambangnya paling murah. Bas akan sampai di stesyen bas berhampiran Ben Thanh market yg famous tu...

      Delete
  4. As salam nk tnya duit elok tukar kt malaysia ke vietnam..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya akan bawa duit US dan tukar di sana ke Dong. Tetapi bawa juga sedikit duit Dong untuk persediaan...

      Delete
  5. Salam. Saya akn ke sana pd 27/5 ni. Still blur ttg ptukaran wang. Bole beri pencerahan?? Tqvm.

    ReplyDelete
  6. Assalam Sdra Anon,

    Bawa sejumlah kecil wang Dong Vietnam untuk keperluan yang tidak dijangkakan, mungkin untuk teksi atau menaiki bas. Yang lainnya boleh bawa dalam wang US dollar. Minta denominasi besar sepertu USD50 atau USD100 kerana kadar pertukarannya lebih tinggi berbanding note yang kecil.

    Kalau naik bas tambangnya amat murah dan bas akan berhenti di stesyen berhampiran Ben Thanh market. Kalau teksi mungkin antara USD10 ke atas.

    Moga dapat membantu...

    ReplyDelete